Akibat Isteri Teman menjauh

Pemuda terkilan diketepikan rakan selepas berbaik dengan isteri

SAYA seorang lelaki berusia 24 tahun dan pernah berdepan tekanan perasaan akibat satu peristiwa. Saya pernah mempunyai seorang teman yang agak rapat, biarpun sama jantina dengan saya. Hubungan kami hampir seperti adik-beradik dan akrab mungkin kerana saya anak yatim piatu dan amat memerlukan kasih sayang. Namun, baru-baru ini dia berterus-terang sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata dan perkahwinannya dilanda masalah. Saya cuba membantu. Tetapi apa yang mengguris perasaan, selepas masalahnya selesai, dia tidak hiraukan saya dan menuduh saya menyibuk pula. Saya sayangkannya tetapi atas dasar sahabat dan tidak lebih daripada itu. Saya cuma ingin tahu apakah status diri ini dalam hidupnya?

EMO

Salam keikhlasan buat sahabat EMO. Berpandukan kisah anda, jelaslah bahawa persahabatan yang anda jalinkan dengan rakan anda adalah persahabatan sejati. Sayangnya, persahabatan itu tidak berteraskan ikatan dan persahabatan kerana Allah SWT, tetapi atas keperluan dan kepentingan diri yang mungkin bermula dengan perasaan serasi yang mendalam, dari segi minat dan kecenderungan yang seiring, mungkin kerana tinggal berdekatan dan mungkin juga kerana memiliki hobi dan masa lapang. Mungkin juga kerana kesunyian hati dan perasaan yang hampir sama.
Faktor ini mendorong anda untuk saling berkongsi kemahuan dan keperluan masing-masing. Dalam erti kata lain anda serasi dalam banyak perkara dan senang meluahkan perasaan masing-masing membuat anda seolah-olah berasakan dia sahabat sejiwa. Mungkin sikapnya yang selalu berkongsi hal dengan anda membuat anda merasa diperlukan dan akibatnya dia mungkin terabai hubungan dengan isteri yang dirahsiakan daripada anda demi menjaga hati anda.

Tetapi hakikatnya, dia sudah tidak jujur dengan anda tentang hal peribadinya yang sudah beristeri dan mempunyai tanggung jawab yang lebih perlu diutamakan selain memberi masa untuk anda. Mungkin selama ini hubungan dia dengan anda membuatkan dia leka dan terlepas tanggung jawabnya kepada keluarga. Sekarang mungkin dia sudah sedar kesilapannya yang lalu yang mungkin melebihkan anda daripada isterinya. Maka untuk tidak mengulangi kesalahan sama, dia mahu melepaskan hubungan dengan anda dan tidak mahu terganggu lagi.

Pada pandangan saya, jika anda berasakan itu adalah persahabatan sejati dan ikhlas kerana Allah SWT, maka tidak harus ada ucapan tidak suka dan perpisahan. Sebagai sahabat, dia tidak boleh bersikap tidak mahu berkawan lagi dan perpisahan itu tidak harus melukakan mana-mana pihak. Sikap anda itu membuktikan anda tidak ikhlas sehinggakan mengungkit semua bentuk pertolongan yang pernah anda berikan kepadanya. Ini tidak sewajarnya berlaku. Sepatutnya dalam persahabatan kedua kita harus menjadi seperti kedua tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.

Bersahabatlah kerana Allah SWT. Sahabat itu bukan saja pelengkap dalam urusan hidup kita, tetapi harus sedia berkorban dengan berkongsi apa saja harta yang kita ada demi kesejahteraan sahabat. Seorang sahabat sejati tidak akan sedih jika sahabatnya meninggalkannya kerana urusan keluarganya kerana keluarga lebih penting daripada sahabat. Malah sepatutnya anda bergembira kerana sahabat anda sudah bahagia dengan keluarganya. Mana mungkin anda bersedih dengan pemergiannya seolah-olah anda ada hubungan tidak wajar dengannya.

Malah anda seolah-olah mahu memiliki dia sebagai hak anda dengan mempertikaikan status perhubungan anda dengannya, seolah-olah anda tidak merelakan perpisahan itu. Sebagai sahabat yang jujur dan ikhlas anda tidak sepatutnya memperkatakan keburukan sahabat anda sedangkan sifat orang mukmin sejati hatinya sentiasa mengenangkan kebaikan sahabatnya. Seperti kata Ibnul-Mubarak: “Orang Mukmin selalu menerima kesalahan orang lain dengan lapang dada dan mendoakan agar segera baik sedangkan orang Munafik selalu mencari-cari kesalahan orang lain.”

Agar anda membersihkan minda dan perasaan supaya positif pada diri sendiri, belajarlah mencintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain. Tiada sebab untuk anda bermuram durja dan bersedih hati kerana anda bukan bercinta dengannya. Lebih baik anda sibukkan diri dengan menambah ilmu untuk mendekatkan diri kepada Tuhan agar anda dipertemukan kawan dan akhirnya menjadi isteri. Setiap yang hilang daripada anda adalah baik jika menerimanya dengan lapang dada. Didoakan agar anda bertemu jodoh cepat sebagai merawat duka. Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s