Gadis jadi mangsa ilusi sendiri cintakan selebriti, guru wanita

Gadis jadi mangsa ilusi sendiri cintakan selebriti, guru wanita

Soalan:
Saya gadis biasa yang berpelajaran. Teman dan keluarga sering melabelkan saya menyatakan saya seorang yang lembut tetapi sensitif. Kehidupan yang dilalui sama saja seperti orang lain, namun berasa ada kekurangan serta permasalahan yang melanda diri. Umi, apakah ia sesuatu yang biasa apabila kita menaruh perasaan yang terlalu mendalam kepada rakan yang sama jantina? Perasaan ini dirasakan sangat indah dalam hati. Pernah juga saya menangis akibat terlalu rindu. Anehnya, perasaan itu tidak wujud di kalangan ahli keluarga mahu pun lelaki.

Umi, sudah lama saya menghadapi masalah ini dan ia merisaukan. Apakah ia balasan perbuatan maksiat menonton televisyen, melihat aurat dan tidak menundukkan pandangan mata? Sesekali mereka dapat memberi inspirasi buat semangat diri yang meluntur dengan gaya dan peribadi yang baik. Namun sering kali disebabkan mereka saya berasa jauh daripada keluarga dan mengganggu fikiran. Ia sering membuatkan saya serba-salah. Sudah lama saya menghadapi masalah ini dan terfikir apakah ini menyalahi batasan agama. Ia memang meresahkan kerana perasaan itu kepada mereka seperti selebriti atau artis, guru yang paras rupanya menarik, bijak, baik dan jujur penampilannya. Apakah patut saya melupakan mereka atau terus menganggap mereka sumber inspirasi dan kekuatan diri sedangkan mereka bukan orang soleh yang selayaknya dijadikan contoh?

Bagaimanakah saya harus mengawal perasaan kepada mereka kerana saya akan teringat-ingat dan menjadi terlalu taksub sehingga sanggup menunggu di depan kaca televisyen untuk menatap wajah mereka?

Keira Kirana.

Jawapan:
Keira Kirna yang menjadi mangsa ilusi sendiri. Masalah anda adalah antara persoalan amat memilukan Umi. Apa yang anda alami adalah lonjakan emosi sendiri yang tidak anda kenal pasti dan tidak anda urus dengan ilmu, didikan dan tunjuk ajar yang berbentuk kasih sayang. Perasaan menyimpan rasa sayang yang amat mendalam dengan insan sejenis adalah satu perasaan yang timbul jika seseorang tidak mendapat layanan yang baik dan kasih sayang keluarga. Ahli keluarga yang tidak menitikberatkan soal aurat lelaki dan perempuan dari segi agama sejak awal usia, lalu anda diberikan kebebasan membuat apa saja yang anda mahu dengan sesiapa saja dalam keluarga tanpa diberi panduan serta kesesuaian mengikut jantina.

// //

Mungkin anda tidak dibenarkan bergaul langsung dengan kanak-kanak lelaki hingga anda tidak ada kesempatan mengenali personaliti lelaki. Anda juga tidak tahu perkembangan pergaulan mengenai lelaki sehinggakan anda berasakan mereka itu sama saja dengan orang lain. Sikap ini juga boleh tumbuh apabila anda seorang yang amat pendiam, lalu tidak berkesempatan untuk belajar meluahkan perasaan kepada sesiapa termasuk ibu bapa dan adik beradik.

Di pihak mereka pula berasakan sikap anda yang sedemikian itu sebagai normal. Akhirnya anda tidak mampu berkongsi apa-apa perasaan kepada sesiapa pun sama ada perasan suka atau duka. Akibat sikap ini juga, anda jadi tidak peramah dengan rakan-rakan lalu anda membina impian dan mendorong perasaan sendiri, termasuk menyukai sesiapa saja yang anda berkenan dengan harapan dapat menjadi seperti orang yang anda puja dan membina impian yang sangat tinggi untuk bertemu mereka.

Jika impian ini tidak diperbaiki, ia menjadi satu tekanan emosi yang subur dalam hati dan perasaan anda sendiri tanpa diketahui oleh orang yang dipuja dan mereka di samping anda. Akhirnya anda membina istana impian sendirian dalam minda dan perasaan, sehingga akhirnya anda berasakan benar-benar bercinta dengan mereka. Malah anda juga sanggup memarahi sesiapa saja yang menyatakan keburukan orang yang anda puja itu. Apa yang anda alami ini bukanlah kemahuan anda sepenuhnya tetapi ada kaitan dengan pengaruh didikan, pergaulan masa kecil dan persekitaran kehidupan seharian anda dan yang pasti, anda seorang yang pendiam dan bukan wanita aktif.

Anda juga sangat sensitif dan suka melayan imaginasi sendiri dan tenggelam dalam permainan itu serta suka duduk bersendirian. Dengan lain perkataan, anda suka mengelamun, hinggakan imaginasi dirasakan seperti realiti. Anda suka bersendirian daripada bersama kawan yang bising. Persoalan anda ialah yang anda alami ini normal, jawapannya tidak normal. Di luar daripada gaya imaginasi normal. Menyukai seseorang sebagai peminat masih boleh diterima tetapi jika memuja hingga terasa yang dipuja berada di sisi atau merinduinya seperti seorang kekasih adalah tidak normal. Apatah lagi yang dipuja sebegitu daripada kaum sejenis. Ini sememangnya dilarang agama kerana Allah SWT menyediakan setiap anak Adam yang lahir ke dunia, sudah ada pasangannya, rezeki serta ajal mautnya.

Nasihat Umi, belajarlah meyakini Allah SWT melalui bacaan mengenai hubungan Allah SWT dan hamba-Nya. Bacalah al-Quran yang mampu memberi rawatan semua jenis penyakit kecuali mati. Banyakkan membaca soal kematian dan kehidupan, syurga dan neraka, kisah Nabi dan sahabat dan carilah pembimbing yang boleh dijadikan rujukan dalam hidup. Ingatlah, emosi yang gagal dikendali hanya akan melelahkan, menyakitkan dan meresahkan diri sendiri . Belajarlah menghargai nikmat Allah SWT dengan jujur dan beradab, Insya-Allah anda akan dipertemukan dengan orang yang memang dilahirkan untuk anda. Janganlah berputus asa dengan nikmat Allah SWT kerana Dia tidak pernah kejam dengan hamba-Nya yang mengharap kepada-Nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s