Malam Pertama tanpa dara

Saya mempunyai seorang sepupu perempuan yang cantik dan akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini (Disember). Masalah yang beliau hadapi agak rumit..menjadikan saya terpaksa meminta bantuan dari Tuan/Puan kerana saya bukanlah pakar dalam bidang kaunseling dan motivasi.

Masalahnya begini,

Sepupu saya telah bertunang pada awal tahun ini, dan mengikut jadual dia akan bernikah dengan pilihan hatinya pada bulan Disember. Apa yang menjadi permasalah ialah, suatu hari beliau memanggil saya dan menangis menceritakan kisah silam beliau kepada saya.  Saya yang merupakan sepupu yang lebih tua dan rapat dengan beliau sangat terperanjat kerana mendengarkan pengakuan beliau yang dia sudah tidak suci lagi, dan pernah ditiduri oleh teman lelaki lamanya. Beliau berkata, perlakuan itu tidak berpanjangan dan semasa kejadian, beliau sangat takut untuk melarikan diri kerana teman lelakinya seorang yang panas baran dan sering mengugut untuk menceritakan kepada keluarga beliau.

Sepupu saya di dalam dilema kerana perkara tersebut berlaku dlam 4 tahun yang lepas.  Dan tunang dan bakal suaminya tidak tahu langsung dah dia rasa amat bersalah dan dia keliru apa yang harus dibuat? Beliau menyatakan kekesalan atas kebodohannya kepada saya, dan apa yang mampu saya nasihatinya ialah perbanyakkan doa dan sembahyang taubat, Moga Allah mendengar dan membantu hamba-hambanya yang lemah.

Pada pandangan Tuan/Puan, perlukah sepupu saya menceritakan kebenaran itu, dimana kesannya dia mungkin ditinggalkan atau dimalukan seluruh keluarga, sedangkan dia terlalu menyayangi tunangnya itu? Bagaimana kalau di malam pengantin, suami beliau menyedari yang isterinya tidak suci lagi? Adakah kedaraan itu boleh dikesan?

Terima Kasih atas bantuan Tuan/Puan.

Wassalam.

JAWAPAN

Assalamualaikum wr wbt…..

Simpati ibu pada sepupu anda, tapi ingin ibu katakan di sini iaitu, setiap manusia tentu mempunyai pengalaman pahit mau pun manis, jika berlaku sesuatu perkara seperti yang dijelaskan di atas nak saja kita putarkan semuga jam tu balik kepada asal, dan betulkan semula apa kesalahan kita yang lalu tu, tapi kita tak dapat nak putarkan sejarah tu semula, apa yang anda boleh buat ialah membantu dia berdiri semula, dia perlu teman untuk membantu, mendengar akan semua luahan dia, dan mudah-mudahan dengan bantuan kita tu dapat dia kuatkan semula untuk membetulkan semua kesalahan lalu tu.  Janganlah terlalu memikirkan segala kesilapan silam, angaplah ia satu kenangan dan pelajarilah dari kesilapan.

Kuatkan semangat agar dapat teruskan kehidupan seperti biasa dengan bakal suaminya, cuba perbaiki diri dari semua arah. Dia haruslah bersiap sedia dalam semua aspek, kerana apa yang dilakukannya di masa lalu adalah atas kerelaanya sendiri. Kita tidak boleh lari dari akibat setiap tindakan yang telah dilakukan dahulu. Tetapi rasanya buat masa ini biarlah dahulu dan jangan diceritakan kepada sesiapa dulu.

Yang lepas tu biarlah ia berlalu dan mulakan kehidupan yang baru, tiada guna kita menyesali apa yang telah berlaku. Apatahlah lagi perkara itu sudah lama berlalu. Belajarlah membetulkan kesilapan itu dan jangan menambahkan lagi kekeruhan yang sedang kita alami. Allah maha kaya akan selalu membantu umatNya yang dalam kesempitan. Insya’Allah semuga dengan doa kita itu nanti Allah akan berikan taufiq dan hidayahnya.

Seperti yang telah diberitau awal-awal tadi, rasanya tak perlu untuk kita ungkit kisah lama. Jika dia berterus terang, mungkin banyak buruk dari baiknya. Mungkin dia bakal dipersalahkan dan keretakkan hubungan juga kemungkinan besar akan berlaku. Tetapi sekiranya bakal suaminya itu adalah seorang yang beriman, tentu dia akan memaafkannya dan berterus terang itu adalah lebih baik dari menyimpan takut di belakang hari teman lamanya datang semula dan buat sesuatu yang tidak terlintas di fikiran kita.  Masaalah lain pula timbul.

Jika wanita itu tidak suci lagi, tiada cara untuk mereka tahu sekiranya wanita itu bersedia dan seakan tahu apa yang harus dilakukan walaupun mlm itu mlm pertama mereka. Tetapi sikap yang ‘terlalu bersedia’ untuk bersama pula boleh menimbulkan syak wasangka suami. Apabila sesaorang wanita kerap melakukan hubungan, angota sulit akan menjadi longgar sedikit dan ini juga membolehkan pasangannya tahu bahawa wanita tersebut tidak suci lagi. Nasihat ibu pada mereka ini untuk memperketatkan lagi angota sulitnya, dia haruslah belajar bersenam dan dapatkan nasihat doktor jika perlu.

Ibu harap apa yang telah ibu jelaskan sedikit sebanyak dapat membantu sepupunya. Insya’Allah apa yang berlaku tu ada hikmahnya dan kita haruslah berusaha dan jangan takut pada kegagalan.  Semoga kita semua diberi kekuatan, insya’Allah amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s