Suamiku kahwin pensyarah

Pengorbanan selama 25 tahun disia-siakan

Soalan:
Puan, pada 2006 saya mendapat panggilan telefon daripada seorang wanita yang tidak dikenali memaklumkan bahawa suami saya telah berkahwin dengan wanita berusia pertengahan 30an berjawatan pensyarah di sebuah universiti. Tidak diketahui status perkahwinannya kerana kedua-dua perkahwinan terdahulu semuanya dilakukan di sempadan tanpa didaftarkan di pejabat agama negeri termasuk yang yang ketiga ini. Saya sudah membuat carian daftar perkahwinan mereka bagi mengesahkan kebenaran cerita yang diterima tetapi tidak ditemui.

Pada Mei 2008 saya mendapat alamat rumah sewa mereka daripada seseorang dan saya mengambil cuti bersama dua anak perempuan pergi ke bandar itu untuk mendapat kesahihan cerita yang saya dengar sebelum ini. Amat kecewa dan remuk jiwa apabila melihat gambar perkahwinan mereka terpampang di ruang tamu. Untuk pengetahuan, usia perkahwinan kami menjangkau 25 tahun dan saya kesal dengan tindakannya itu. Inikah balasannya terhadap saya selama ini. Puan, apa nasihat puan kepada saya?

Isteri Tertipu


Jawapan:
Salam kesyukuran buat isteri yang tertipu kerana masih dapat mengawal tindakan dan perasaan melihat apa yang ditemui. Apa yang anda lihat membuktikan bahawa panjang tempoh perkahwinan dan sejumlah pengorbanan yang anda buat atas nama membina cinta bahagia selalunya tidak menjadi kenyataan seperti anda bayangkan. Ini kerana pada pendapat kita, perkara itu tidak patut berlaku setelah anda berkorban selama ini tetapi apabila kita bertanya pada perasaan, maka kekuatan logik akal akan kalah, apatah lagi pilihan kedua mungkin lebih cantik, lebih muda dan segala-galanya lebih, maka dalam keadaan begitu lelaki akan menurut lonjakan perasaan lebih banyak daripada menurut logik akal.

Oleh itu janganlah bergantung pada logik fikiran semata-mata kerana dorongan perasaan 70 peratus lebih kuat daripada pengaruh fikiran. Dengan sebab itu nasihat saya tolonglah selamatkan fikiran puan supaya bebanan fikiran tidak mempengaruhi perasaan hingga anda berasakan bahawa hidup ini penuh dengan derita, penipuan dan membina keyakinan bahawa pengorbanan isteri murah harganya apabila suami sudah bertukar selera dan bertukar gaya hidup. Nasihat saya pada puan ialah, pertama, jangan lagi bersedih atas apa yang telah dilakukan suami kerana puan tidak mampu mengubahnya. Tetapi terimalah apa yang ditentukan Allah ini sebagai peringatan buat kaum wanita. Kelapa muda jangan ketawa kepada kelapa tua yang jatuh dan kelapa tua jangan ingkar proses ini kerana perjalanan hidup kita hampir sama, hanya dulu dan kemudian saja. Maka, terima apa yang ditentukan Allah dengan penuh sabar dan yakin bahawa apa yang terjadi telah dipeta Allah tanpa diberitahu kepada kita yang namanya qada dan qadar Allah. Yakinilah ini sebaik-baiknya agar kita tidak terus gelisah menghadapi hidup. Puan harus optimis dalam hidup, kita tidak hanya dilahirkan untuk seorang lelaki bernama suami, tetapi kita diizinkan Allah menjadi pemegang amanah Allah untuk diri, keluarga kita dan masyarakat kita dan paling penting untuk agama kita. Jadi jika suami tidak senang dengan kita lagi, yakinlah Allah amat sayang dan sangat dekat dengan kita, jika suami boleh tinggalkan kita, tetapi Allah tidak pernah lepaskan kita tanpa bimbingan walaupun sesaat. Tidur saja lubang hidung kita di jaga, walaupun terbuka namun tetap tidak dimasuki nyamuk atau semut walaupun kita tidur di hutan yang penuh dengan serangga. Kita tidak pernah dibiarkan tidak buang air besar selepas dibenarkan makan. Kita tidak pernah dihalang untuk tidur walaupun di mana kita berada. Jantung kita tidak pernah berhenti walaupun kita sedang tidur dan kita tak tahu di mana suisnya. Bayangkan besarnya cinta Allah pada kita. Mana mungkin kita kesedihan dengan kehilangan orang yang tidak sayangkan kita lagi, sedangkan di hujungnya Allah menanti kelapangan hati yang mendamaikan.`Hati yang damai ialah hati yang tidak menolak apa yang dihidangkan Allah padanya dan menerimanya dengan penuh rela. Kebahagiaan yang sebenarnya ialah apabila orang itu meniti di jalan yang lurus kerana melalui jalan yang lurus ini akan di hadiahkan perasaan tenang hingga dia mampu menghadapi semua permasalahan hidupnya dengan baik. Ini janji Allah puan. “Dan pasti Kami akan tunjukkan mereka kepada jalan yang lurus (QS An-Nisa’). Orang yang berasa dekat dengan Allah akan tahu bahawa dirinya memiliki Allah, di hadapannya ada Rasul contoh personaliti yang sangat baik, di tangannya ada kitab suci, dan di dalam hatinya ada cahaya kebenaran dan di dalam nuraninya ada pemberi nasihat (hati yang suci). Itulah petunjuk Allah, siapa yang melalui hidup berdasarkan petunjuk itu bermakna dia sedang menuju kenikmatan, ketaatan dan menuju kebaikan. Buatlah sesuatu yang anda suka dan Allah suka, jika masih sudi jadi isteri terima suami seadanya, jika tidak, carilah penyelesaian secara baik dan damai di mahkamah syariah. Jangan buat cara kotor dan keras lagi hina. Berbincang secara baik dan berrunding secara berterus terang agar perpecahan tidak membuahkan luka, dendam dan sedih yang tidak berkesudahan. Sesiapa yang mampu melintasi laut duka dan sedih ini dengan keimanannya akan mampu melintasi jalan ukhrawi sesuai dengan keyakinannya. Jika puan berhasil mendapat hidayah jalan lurus ini, maka akan lenyaplah semua kesusahan, kegundahan dan dukacita. Ini kerana Allah tahu apa di hati mereka seperti yang dinyatakan dalam QS Al-Fath: 18; “Maka Allah mengetahui apa yang ada di hati mereka, lalu Dia turunkan ketenangan atas mereka.” Ingat puan janji Allah pasti. Doa saya ialah belajarlah hidup berdikari dan carilah pekerjaan yang anda suka, kerana jika anda membuat apa yang anda suka, anda akan mendapati tubuh anda bertambah sihat. Janganlah puan bersedih kerana sesungguhnya kehidupan lebih pendek daripada yang kita bayangkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s