Tersepit Cinta Dua Lelaki

Tersepit Cinta Dua Lelaki

Saya seorang pelajar IPTS aliran agama, berumur 30 tahun, belum berumahtangga. Saya cuba memegang prinsip bercinta selepas berkahwin. Masalahnya saya telah mengenali dua orang teruna. Si A berumur 20 tahun, si B berumur 23 tahun. Telah lama saya cuba menahan diri dari berkawan dengan seorang lelaki… semenjak saya serius dalam belajar. Semasa zaman remaja pernah melaluinya, tapi hanya berkawan biasa. Tidak pernah terima pelawaan untuk keluar.
Saya mengenali mereka melalui saluran MIRC, ditakdirkan Allah saya meneruskan perkenalan itu dengan tanpa pernah berdepan di antara satu sama lain. Hanya bertukar gambar, si A aliran agama dan juga masih menuntut di IPTS luar. Si B lepasan IPT dan berkecimpung dalam dunia artis nasyid. Saya mengenali si A terlebih dahulu. Pada awalnya saya serius dengan si A, tapi setelah saya berfikir panjang, dia terlalu muda bagi saya, dan saya tidak mahu menyekat zaman mudanya dengan menerima saya sebagai pasangan. Saya juga tidak sanggup menghadapi fitnah sekiranya saya menerima dia, pernah saya bincangkan topik jarak umur… tapi dia tetap mahu menerima saya. Apa yang saya bimbangkan keluarganya… walaupun pada hakikatnya dia telah kenalkan saya pada keluarganya melalui gambar. Tapi hati saya masih gusar… selepas itulah saya cuba mengenali insan lain. Itulah dia si B. Sekarang keduanya mengharap… terutamanya si B, saya terus terang padanya saya ada mengenali seorang lagi kawan lelaki menerusi telefon. Tapi saya tak sanggup untuk berterus-terang dengan si A, kerana reaksi si A juga amat berharap. Saya sedar semuanya berpunca dari saya… saya yang bersalah dalam hal ini dan saya yang terperangkap. Saya menyukai keduanya. Apa yang saya bimbangkan tentang umurnya… si A amat mengambil berat walaupun jauh. Si B juga prihatin.

Saya harap Bicara Hati dapat menolong saya mencari jalan penyelesaian dan jalan keluar untuk saya agar saya tidak tersesat dan tersalah mengikut kata hati…

Terima kasih kerana sudi menatap masalah saya ini.

JAWAPAN:

Assalamualaikum,
Jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki seseorang ditentukan Allah. Yang pastinya segalanya telah tertulis sejak dari azali lagi. Perasaan cinta memang terbit dalam jiwa setiap manusia. Apa yang membezakan kejayaan dalam percintaan adalah bagaimana kita menangani masalah yang berlaku dalam hubungan tersebut.

Dalam situasi ini, anda telah dilamun cinta terhadap dua orang lelaki dalam hidup anda. Apa yang nyata, hanya anda seorang sahaja yang memahami sifat mereka, bukan orang lain. Pun begitu, anda hanya mengenali mereka melalui gambar dan MIRC. Hal ini belum memungkinkan anda benar-benar memahami mereka. Awas Nurr, manusia boleh berubah bila-bila masa!

Bagi menyelami hati budi kedua-dua lelaki idaman anda itu, pelawalah mereka ke rumah anda (untuk makan tengah hari, mungkin), perkenalkan dengan kedua orang tua anda. Jika mereka benar-benar jujur dalam hubungan ini, mereka tentu tidak keberatan bersua muka dengan ibu bapa anda.

Dari situ, minta kedua ibu bapa anda menilai mereka. Jika ibu dan bapa anda berkenan dengan si A, maka ibu bapa anda serasi dengannya. Dan begitulah sebaliknya. Namun, apa yang penting bermohonlah dari Yang Maha Kuasa, luangkanlah masa membuat solat istiharah dan di situ ada petunjuknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s