Bernikah membuka pintu rezeki dan keberkahan

Daripada Jabir, katanya dia mendengar Nabi bersabda: “Apabila ada antara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita maka hendaklah dia pulang kepada isterinya bagi melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatinya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dengan bernikah akan membuka lebih pintu rezeki dan pintu-pintu keberkatan serta menurut sunnah Rasulullah. Pernikahan dikatakan sebagai mawaddah, sakinah dan mahabbah. Pernikana adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Rumah yang didiami bukan sekadar tempat berlindung, bahkan tempat beristirahat, membina kasih sayang dan mencari keredaan Allah. Suami sebagai pemimpin dan isteri sebagai penjaga maruah dan menjaga zuriat. Mengapa kita hendak memilih jalan yang susah sedangkan jalan yang halal dan baik itu terbentang luas.

Sesungguhnya, manusia perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi dan fitrah dijadikan Allah. Maka atas tuntutan itu, tanpa adanya perkahwinan, manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat.  Dewasa ini masyarakat ini dilihat menghalalkan “couple’ yang belum berkahwin sedangkan ianya tidak menepati tuntutan syarak dan boleh membawa kepada gejalan zina dan anak luar nikah. Dengan tiada kawalan, statitik anak luar nikah dilihat menghampiri 300,000 bilangannya atau 83 kelahiran setiap hari.

Ayuhlah semua manusia kembali kepada Islam yang memuliakan sebuah perkahwinan dan menggalakkan umatnya berkahwin seperti mana sabda Rasulullah: “Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu). (Hadis riwayat Bukhari). Sekiranya kita telah tersesat, bertaubatlah dengan sesungguh-sungguh taubat mudah-mudahan diampuni oleh Allah s.w.t.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s